INDONESIA

Tulisan Berjalan

Selamat Datang di Blog Ibni Abrar

Thursday 10 November 2011

Al IMAM AL BANNA….Memperingati Hari Kesyahidannya

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Hari Rabu yang lalu 12 Feb 1997 merupakan tarikh syahidnya Imam al Banna yang cemerlang kehidupannya yang “pendek tetapi panjang” (1906 - 1949) rahimahullahutaala dengan asasnya yang kuat semenjak kecil, pembentukkannya yang tinggi, pembinaannya yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu gambaran dari seluruh kegiatannya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan kepada keikhlasan yang mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas melaksanakannya. Justru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah baginya ufuk-ufuk penyebaran perkembangan, dan kaedah-kaedah tajdid (reformasi), bahkan ianya satu ijtihad yang jitu. Di antara tanda-tanda yang paling nyata yang telah dibentangkan dengan jayanya dalam kehidupan al Imam al Mujaddid ini adalah seperti berikut: 1. Gerakan Yang Meluas Lagi Cemerlang Al Imam telah menyempurnakan gerakannya ke negara-negara, ke pelosuk kampung, ladang, masjid, bahkan ke kedai-kedai kopi serta di tempat perkumpulan orang ramai. Dan maklumat hal ihwal keadaannya memanifestasikan sabda Rasulullah saw “biarkan aku dengan manusia”. Maka beliau telah mendatangi 3,000 kampung ataupun lebih sebagai penceramah, jurubicara dan penasihat yang cemerlang. Membangkitkan manusia dari tidur mereka, memperbaharui harapan di dalam diri dan pemimpin mereka. Beliau berhubung dengan pemimpin tanpa mengabaikan golongan bawahan. Beliau juga menyeru syeikh dan para ulama ke arah asas kefahaman yang baru kepada Islam yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jelas. Beliau tidak mengabaikan masyarakat umum, begitu juga beliau memberikan tumpuan kepada pemuda/remaja bahkan berusaha menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang sukar dengan berperingkat-peringkat serta penguasaan. Adapun tumpuannya daerah setempat adalah Mesir dan tumpuannya yang secara lebih luasnya adalah kepada dunia Arab dan Islam. Manakala tumpuannya yang universal dan terbesar adalah kemanusiaan dan Ustaziatul `alam (orde dunia), sehingga semuanya dinetralkan lalu menjadi suatu tumpuan sahaja tetapi mengandungi berbagai-bagai aspek. 2. Tidur Yang Sedikit. Adapun waktu menurut beliau adalah kehidupan dan waktu pada fahamannya tidak terhenti kepada batas-batas material yaitu emas semata-mata. Beliau juga tidak bersikap birokratik dari segi kedudukan pangkat dan jawatan, bahkan ia tidak mensia-siakan walau satu detik kehidupannya pada perbualan kosong dan terlalu banyak soal jawab terutamanya pada perkara yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Beliau begitu asyik dengan dakwahnya sehingga beliau tidak tidur malam karena cintanya, berfikir untuknya, membuat perancangan baginya, memperkembangkan matlamat dan metodologinya. Karena itu terbitlah risalah-risalahnya seperti: Da’watuna, ila ayyi syaiin nad`un nas, da'watuna fi turin jadid, Ilas syabab dsbnya. Untuk memperkuatkan lagi perkembangan dan titik tolak (perjuangan fikrah da'wahnya). Beliau tidak berhenti disebabkan kesesatan serta tidak disibukkan dengan urusan yang tidak ada manfaatnya. Beliau juga tidak terbeban dengan mengistirahatkan jasad seperti tidur dan bersantai, karena da’wah pada hematnya adalah ruh yang mengalir di dalam ummat yang dihidupkan oleh al Quran. 3. Luas Ilmu Serta Menghormatinya (ilmu) Imam al Banna berusaha untuk mengembalikan penyebaran Islam dengan seluruh sifat-sifat syumul (kesempurnaan), rabbani (bersumber dengan sumber-sumber ketuhanan) dan universal. Pernah diceritakan oleh orang yang memeriksa perpustakaan beliau setelah puluhan tahun syahidnya beliau, tentang betapa banyak, menakjubkan serta mendalam komentar-komentar yang beliau tulis di pinggir-pinggir perpustakaan tersebut dari apa yang telah dibaca dari buku-buku mengenai politik, ekonomi, sosial, sejarah, geografi, peperangan, perjanjian-perjanjian, hubungan antarabangsa, agama-agama da’wah dan sebagainya. Beliau begitu cinta akan ilmu dan para ulama’. Suasana kemunduran didalam ummat telah merisaukan beliau, begitu juga berbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Islam yang menunjukkan kepada kejahilan dan sikap tidak ambil tahu. Karena itu beliau telah menekankan di dalam Risalah Ta’alim: “Islam membebaskan aqal serta menggalakkan pengkajian alam semesta, juga meninggikan taraf ilmu dan ulama’. Ia juga mengelu-elukan segala yang baik lagi bermanfaat dari setiap sesuatu. ”Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mu’min, dimana saja dia menjumpainya, dialah yang lebih berhak terhadapnya.” 4. Keikhlasan dan Kecintaan Terhadap Da’wah Al Banna mempunyai kelebihan dengan kerohaniannya yang tinggi yang mengatasi individualitas, ciri-ciri pribadi, berfoya-foya, dan bahkan seluruh penyakit-penyakit hati yang lain. Tidak terkumpul di dalam hatinya melainkan rasa cinta kepada da’wah, suatu cinta yang tidak meninggalkan sembarang waktu di dalam jiwa melainkan akan sibuk dengannya, tidak juga suatu ruang kosong melainkan akan dipenuhinya. Beliau disibukkan oleh fikrah dan da’wah didalam berlalunya waktu, maka beliau berusaha kearah mematangkannya (fikrah dan da’wah) dengan meletakkan serta memperbaharui objektif dan matlamat. Kemudian beliau menggariskan wasilah (method) dan alat (strategi). Lalu beliau melintasi batas-batas taqlid, tapi menghormati ikutan tersebut. Sebagaimana beliau juga berusaha menyinambungkan proses tajdid disamping menghormati ufuk-ufuk lingkungan dan martabat yang tinggi. Beliau meningkat dengan banyak di dalam hidupnya, karena beliau memahami hakikat bahwa “siapa yang sama dua hari (dalam hidupnya) maka dia telah tertipu”. Beliau mengambil tanggung jawab berat terhadap ummat seluruhnya dengan sebenar-benarnya, sehingga tanah air islam pada hemat beliau dan ikhwan muslimin adalah seluruh bumi yang ada padanya muslim, karena pemahaman yang baik terhadap sabda Rasulullah s.a.w.: “Siapa yang tidak mengambil tanggung jawab berat terhadap urusan orang islam bukanlah dari golongan mereka.” 5. Memberikan sifat dan neraca Al-Imam al-Banna telah meletakkan sejumlah neraca untuk mengukur kadar iltizam, kefahaman, akhlaq yang baik, serta perlaksanaan beban da’wah. Di antara neraca dan tolak ukur yang terpenting adalah rukun-rukun bai’ah yang sepuluh: Faham, ikhlas, amal, jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat, thabat (teguh), tajarrud (tumpuan penuh), ukhuwwah dan thiqah (kepercayaan). Begitu juga : “Wajibat al akh al muslim” (Kewajiban akh muslim) yaitu 38 kewajiban. Begitu juga “Simat al akh al muslim” (Tanda-tanda akh muslim) yaitu: sejahtera aqidah, sahih (betul) ibadah, teguh akhlaq, kuat badan, akal yang berpengetahuan, berjihad terhadap hawa nafsunya, berorganisasi dalam urusannya, menjaga waktu, mampu mengendalikan diri, serta bermanfaat kepada orang lain. Sesungguhnya kami, dalam membuat tulisan yang cepat (ringkas) ini, tidaklah mencatatkan sejarah untuk lelaki ini (alBanna). Sehingga hari ini belum ada sembarang catatan sejarah yang layak untuk Imam mujaddid ini. Kami juga tidak berniat memuji-muji alImam yang unggul ini, bahkan kami tidak merasakan beliau perlu kepada pujian dari kami, tetapi kami ingin untuk menggambarkan beberapa pengajaran dari gambaran pribadi penda’wah yang unggul ini untuk siapa yang ingin mengambil pengajaran darinya, pada waktu yang bersangkutan kegelapan kemunduran, penindasan serta bercerai berai yang dilalui oleh ummat. Sesungguhnya AlImam al Banna rahimahullah- berada selangkah kedepan didalam memahami golongan salaf, dan dia adalah model imam golongan khalaf. Beliau membangkitkan alam Islami dari tidurnya tanpa mempunyai sembarang mekanisme pemerintah dan menteri-menteri di dalam tangannya. Sehinggalah hari ini berkumandanglah suara Islam yang benar menaungkan disegenap tempat: “Islam Adalah Agama dan Negara”, selepas dari keadaan di mana Ibadah di sudutkan di penjuru-penjuru masjid saja, ataupun aqidah yang di simpan disudut-sudut hati, dan perasaan di dalam jiwa semata-mata. Betapa indahnya tulisan beliau semasa memberi gambaran tentang pemberian tanggungjawab yang tidak disertakan dengan aspek ruhiyah, (Beliau begitu menekankan setiap tarbiyah hendaklah rabbani dan ruhiyah) beliau juga menyeru untuk meningkatkan ukhuwwah dari tahap percakapan dan teori kepada tahap perlakuan dan amal perbuatan, dan di dalam pembentukan aspek-aspek Islamiyah disandarkan kepada tiga rukun : Ta'aruf (saling kenal mengenali), Tafahum (saling faham memahami) dan Takamul (saling lengkap melengkapi). 6. Bersyukur Semasa Menghadapi Tribulasi Dan Positif Dalam Amal Ustadz alBanna menceritakan dalam “Muzakkirot adda’wah wad da’iah” beberapa contoh tipudaya yang hina yang telah dilaluinya semasa zaman pembelajarannya dengan sebab kecemerlangan beliau mengatasi rekan pelajar yang setengahnya lebih berusia dari beliau. Sehingga salah seorang dari mereka telah mencurahkan keatas muka dan tengkok beliau sebotol campuran peluntur (asid) yang pekat semasa beliau tidur untuk menghalang beliau dari menduduki peperiksaan akhir tahun pengajian, tetapi anehnya, alBanna telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Beliau menganggap itu sebagai ni’mat serta kelebihan dari Allah yang wajib diterima dengan kesyukuran dan kesyukuran pada hemat beliau adalah memberikan maaf. “Dan barangsiapa yang memberi maaf dan berlapang dada, maka ganjarannya pada Allah”. Beliau juga telah membentangkan banyak contoh tipudaya yang hina ini di dalam kehidupannya sebagai penda’wah, juga dorongan kekerasan dari golongan yang mengintip da’wah serta membencinya. Mereka telah melemparkan tuduhan bahwa beliau mengadakan bid’ah di dalam agama, mengendalikan masjid-masjid, memerangi Islam, serta memberikan fatwa dengan batil semasa beliau berusaha untuk melaksanakan sunnah dengan menunaikan solat sunat hariraya di tanah lapang. Begitu juga mereka melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap beliau dan al Ikhwan selepas daripada ceramah yang beliau sampaikan tentang Isra’ dan mi’raj dengan menda’wah bahwa ikhwannul muslimin mengingkari isra’ dan mi’raj serta mengatakan bahwa peristiwa tersebut bukanlah mu’jizat, serta berlaku dengan ruh saja tidak dengan badan, lalu mereka telah keluar dari ijma’ umat Islam serta apa yang telah diterima oleh para imam. Bahkan ada juga yang menuduh bahwa alBanna menjadi “ilah” yang di sembah oleh al ikhwan. Akan tetapi, pendirian al Banna dalam menghadapi tuduhan-tuduhan tersebut adalah dengan memberikan contoh tauladan melalui amalan secara serius menentang kebatilan–kebatilan tersebut. Beliau berkata: “Sibukkan manusia daripada pemikiran yang salah dengan (memberikan atau mengajar) pemikiran yang benar”. Sebenarnya, alBanna sadar serta yakin bahwa hakikat berda’wah adalah manusia akan mengata-ngata keatasnya dengan kebatilan. Semoga Allah merahmati AlBanna dengan rahmat yang luas serta menyempurnakan ganjaran bagi beliau, juga meneguhkan kita di atas jalan hak dan kekuatan selepas dari pemergian beliau.

0 comments:

Post a Comment